"Sila ambil perhatian! Penulisan ini bukanlah untuk mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan. Sudah menjadi fitrah manusia suka bertanya kenapa dan mengapa. Kalau malu bertanya sesat jalan. Bagaimana jika semua ciri-ciri yang harus dipatuhi dan dijauhi dapat dicapai? Apakah hukumnya masih juga haram? Apakah haram itu disudut pemerintah atau harus di sudut hukum syarak. Walaupun penulisan ini mungkin ada sedikit berbau tidak kepuasan hati, harap pembaca dapat menilai bukan dengan emo. Walaupun penulisan ini sedikit emo..."
~ penulis ~.
"Asal di atas segala sesuatu ini harus" mengikut pendapat di dalam mazhab As-Syafie. Perlaksanaannya yang akan menentukan harus, halal, makhruh atau haram sesuatu perkara itu. Itulah yang diutarakan oleh ustaz Ahmad Dasuki dalam pencerahan soalan yang diutarakan kepada beliau. (minit 3:09 - 3:33)
Klik di sini untuk membaca fatwa yang dikeluarkan oleh JAKIM pada tahun 2012. Jika anda membaca keseluruhan fatwa tersebut sepintas lalu, anda akan membuat konklusi "Ohhh! Forex trading ni haram rupanya". Tetapi jika anda "break up" perenggan demi perenggan dan membaca perenggan demi perenggan berulang-ulang kali (ulang sebanyak 3 kali atau lebih), ia akan menimbulkan tanda tanya dan persoalan seperti bagaimana jika itu dan bagaimana jika ini?
Berikut adalah petikan yang diambil dari keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan. Jika kita teliti fatwa yang dikeluarkan oleh JAKIM, pada perenggan pertama atau mukaddimah ianya bertulis:-
"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah membincangkan Hukum Perdagangan Pertukaran Matawang Asing oleh Individu Secara Lani (Individual Spot Forex) Melalui Platfom Elektronik. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:"
Perenggan pertama memberitahu bahawa fatwa ini mengkhususkan khas untuk individu sahaja. Bagaimana jika anda membuka sebuah syarikat Sdn. Bhd. (Sdn. Bhd. tidak perlu mengkhususkan perniagaan seperti Enterprize) atau anda membuka kedai pengurup wang berlesen dan melakukan aktiviti "Forex Trading" secara lani melalui platform elektronik?. Maka dengan sepantas kilat anda mungkin berkata, "Boleh la kut?". Tetapi anda masih lagi berada dalam teka-teki sama ada hukumnya masih lagi haram atau sudah jatuh harus. Sebenarnya jawapan pada teka-teki itu telah terjawab dengan sendirinya pada mukaddimah fatwa tersebut.
"...membincangkan Hukum Perdagangan Pertukaran Matawang Asing oleh Individu Secara Lani (Individual Spot Forex) Melalui Platfom Elektronik."Secara otomatisnya fatwa ini terbatal atau tidak terpakai kerana anda sedang berdagang menggunakan syarikat dan bukannya sebagai individu perseorangan (pada perenggan terakhir ada dinyatakan tetapi persoalannya telah bermula di perenggan pertama lagi). Persoalannya, apakah perbezaan diantara individu perseorangan dan syarikat pengurup wang berlesen pada ketika keadaan anda sedang melakukan aktiviti berdagang matawang secara lani melalui platform elektronik? Adakah kerana sebagai syarikat, keuntungan anda boleh dipantau (oleh sekretariat syarikat) dan boleh dikenakan cukai? Perlu diambil perhatian juga bahawa larangan ini hanyalah kepada individu yang beragama Islam sahaja. Jika anda bukan Muslim, apakah anda boleh menjalankan aktiviti "Forex Trading"? Jawapannya adalah "BOLEH" kerana tiada peruntukan undang-undang melarang anda melakukan aktiviti "Forex Trading" melalui platform elektronik. Peruntukan yang ada untuk mensabitkan kesalahan dari sisi undang-undang hanyalah jika anda memegang atau mengumpulkan sejumlah wang tanpa lesen untuk melakukan apa jua aktivi (termasuk main kutu) atau pun sebarang aktivi perniagaan.
Ada sungutan dan lontaran mengatakan fatwa ini dikeluarkan atas sebab tekanan dari pihak-pihak tertentu. Ada juga yang mengatakan pemerintah tidak dapat mengenakan cukai atas keuntungan yang dijana. Apakah sungutan ini berasas atau tidak? Jika tidak berasas mengapa hanya Muslim sahaja yang tidak boleh melakukan aktiviti "Forex Trading"? Ada yang membalas sungutan itu dengan berkata,
"...kalau setakat cukai, pemerintah boleh cek bila-bila masa sahaja akaun anda di bank dan boleh kenakan cukai".
Itu adalah percakapan orang yang kurang melakukan "homework". Lihat di pautan ini, dan klik pada "People and Society". Kita buat kiraan secara kasar. Penduduk Malaysia adalah 29 juta dan jika anda lihat di "Age Structure:", individu dewasa termasuk lelaki dan perempuan berumur dari 25 - 54 tahun ialah 41% dari 29 juta iaitu seramai 11,890,000 akaun perlu di lihat oleh pemerintah setiap hari atau mungkin setiap minggu atau mungkin setiap bulan untuk mengenakan cukai kepada pedagang matawang asing. Kenapa nak periksa semua akaun? Periksa sahajalah yang terbabit dengan aktivi "Forex Trading". Siapa pulak yang isi borang cukai letak dia bekerja sebagai "Forex Trader"? Bagi menyelesaikan masalah ini, sesiapa sahaja akaunnya yang menerima wang lebih dari RM30k sebulan, maka pihak bank harus membuat laporan kepada BNM dan anda disuruh mengisi "borang biru". Seterusnya LHDN akan menghubungi anda.
RM30K??? Apakah "income" forex trading sebanyak itu? Kalau dijawab "ya" mungkin ada yang kata blog ini menggalakkan individu untuk terlibat dengan forex, tetapi kalau saya kata "tidak" rasa macam menipu pulak. Blog ini bukanlah untuk menipu atau menggalakkan terlibat dengan forex, jadi jawapannya ialah untung itu lebih kurang 0.0001% - 10% dari modal yang didepositkan. Sehari, seminggu atau sebulan? Suka-suka hati...
Jadi bagaimana dengan "reply" dari orang yang tidak membuat "homework" tadi? Apakah beranggapan pemerintah tidak dapat mengutip cukai adalah agak kurang "power"? Telah dijelaskan tadi tiada perbezaan penggunaan elektronik secara individu atau pun syarikat atau pun kedai pengurup wang yang menjalanakn aktiviti "Forex Trading"? Apakah alasan kukuh di sebalik fatwa yang dikeluarkan? Mengapa fatwa jiran kita yang dikeluarkan oleh MUI (baca blog ini) hukumnya harus? Lihat di pautan ini, dan klik "People and Society". Lihat peratusan yang beragama Islam di Malaysia. Jika kita buat sedikit pengiraan kasar. 60% dari 29 juta rakyat Malaysia ialah 17,400,000 juta individu yang beragama Islam. Jika kita ambil 0.1% dari 17,400,000 juta, maka jumlahnya ialah 17,400 individu yang mungkin terlibat dengan aktiviti "Forex Trading". Jika setiap individu mendepositkan USD1000 * 3.1 (17400 * RM3100.00) untuk aktiviti "Forex Trading", maka ASB, ASN dan sewaktu dengannya dan institusi bank-bank yang lain mungkin kehilangan dalam RM53,940,000.00 juta. Mungkin untuk mengambil contoh 17,400 ribu individu yang terlibat dengan "Forex Trading" adalah terlalu drastik dan terlalu "fetatik!". Apa kata kalau kita ambil 0.01% dari 17.4 juta rakyat Malaysia yang beragama Islam yang mungkin terlibat dengan "Forex Trading":-
1,740 = 17,400,000 * 0.01%ASN, ASB, Mutual Fund dan institusi-institusi bank mungkin kehilangan RM5,394,000.00 juta. Wang sebanyak 5 juta bukanlah jumlah yang sedikit. Kiraan ini hanyalah kiraan deposit dan belum lagi kiraan keuntungan yang mungkin berjaya dijanakan dan kiraan ini bukanlah hanya untuk hari ini sahaja.OK! Apa kata kalau kita kira keuntungan yang mungkin dijana. kita ambil kiraan yang sedikit sahaja. Katakan sehari setiap individu membuat keuntungan sebanyak USD30 sahaja. Kiraannya ialah:-
5,394,000.00 = 1740 * 3100
93 = 30 * 3.1 (kita ambil exchange rate RM3.1 untuk USD1)
1860 = 93 * 20 (trading hanyalah di buka setiap hari isnin - jumaat, maka 5 hari * 4 minggu)
3,236,400 = 1860 * 1740 (keuntungan sebulan)
38,836,800 = 3236400 * 12 (setahun)
Keuntungan setahun yang dijana oleh 1740 individu, kita ketepikan dahulu. Keuntungan untuk sebulan adalah RM3.2 juta. Tapi mungkin ada bisik-bisik mengatakan 1740 individu terbabit dengan "Forex Trading" terlalu ramai dan keuntungan USD30 sehari agak terlalu tinggi. Kita kurangkan lagi jumlahnya. Katakan hanya 500 individu sahaja dari dari 11,890,000 juta (individu berumur 25 - 54 tahun ialah 41% dari 29 juta) yang konsisten dalam mengambil keuntungan USD10 sehari. Berikut adalah kiraannya:-
31 = 10 * 3.1Adakah jumlah keuntungan sebulan sebanyak RM310,000.00 suatu jumlah yang sedikit? Satu perkara lagi kita terlupa untuk mengira modal mereka. Berikut adalah modal yang terkumpul untuk 500 individu yang konsisten berdagang:-
620 = 31 * 20
310000 = 620 * 500
3720000 = 310000 * 12
1,550,000 = 500 * 3100Deposit sahaja sudah mencecah RM1.55 juta. Ditambah pula dengan keuntungan sehari, institusi keewangan di Malaysia telah kehilangan sebanyak RM1.86 juta yang boleh mereka niagakan. "Refresh" kembali tentang pengiraan tadi, kiraan yang di buat adalah seminimum yang mungkin. Bagaimana sekiranya 500 individu tadi mendepositkan USD10k sebagai permulaan dan konsisten menjanakan keuntungan sebanyak 1% dari modal mereka? Apakah tanggapan anda tentang cukai dan tekanan dari pihak tertentu sekarang? Cuba kira!
1,860,000 = 1550000 + 310000
"Duit keuntungan hasil dari berdagang tadi bukan ke masuk ke dalam akaun bank jugak?"Satu perkara lagi, ada pihak broker yang menyediakan MASTERCARD debit card untuk ahli yang berdaftar dengan mereka dan ada juga pihak broker yang menggunakan "Payment Processor" seperti Paypal, Skrill, Neteller, MoneyGram dan sebagainya yang juga menyediakan MASTERCARD debit card. Apabila anda menuntut keuntungan anda, keuntungan akan dimasukkan ke dalam salah satu "Payment Processor" tadi dan anda mengeluarkan wang anda di mesin ATM dengan menggunakan MASTERCARD anda.
"Bukan ke cukai akan dikenakan kepada individu yang berpendapatan RM6000 ke atas je"Maka pihak-pihak yang terbabit yang mungkin memberikan tekanan kepada JAKIM. Wallahua'lam...
Pada perenggan kedua pula:-
"Setelah mendengar taklimat dan penjelasan pakar daripada Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA) serta meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik adalah melibatkan item ribawi (iatu mata wang) dan dari sudut fiqhiyyah ia tertakluk di bawah hukum Bay al-Sarf yang perlu dipatuhi syarat-syarat umum jual beli dan syarat-syarat khusus bagi Bay al-Sarf seperti berikut:"Di perenggan ini seperti ada kelonggaran sedikit kerana ada perkataan "perlu dipatuhi", yang bermaksud di sini jika syarat-syarat itu dapat dipenuhi maka apakah hukumnya?
Berikut adalah perenggan syarat-syarat yang perlu dipatuhi:-
Syarat-syarat yang berikut, jika hanya ditujukan kepada individu sahaja maka pihak pengurup wang berlesen yang beragama Islam dan bank-bank Islam telah melakukan kesalahan kerana tidak mengikut syarak dalam jual beli. Jika inilah yang perlu dipatuhi oleh pihak individu untuk melakukan jual beli ketika berdagang matawang, maka inilah juga yang perlu dipatuhi oleh institusi pengurup wang yang menjalankan aktivi "Forex Trading" dan bank-bank Islam. Jika pihak individu menggunakan media elektronik ketika berdagang, begitu jugalah mereka menggunakan media elektronik dan internet ketika berdagang. Jika sebagai pengurup wang melakukan aktiviti "Forex Trading" terbatal hukumnya, begitu jugalah individu yang berpengetahuan dalam forex.Syarat-syarat umum jual beli:
- Pihak yang berakad mestilah mempunyai kelayakan melakukan kontrak (Ahliyyah al-Ta’aqud);
- Harga belian hendaklah diketahui dengan jelas oleh kedua-dua pihak yang berakad;
- Item belian hendaklah suatu yang wujud dan dimiliki sepenuhnya oleh pihak yang menjual serta boleh diserahkan kepada pembeli;
- Sighah akad hendaklah menunjukkan keredhaan kedua-dua pihak, tidak ada unsur penempohan dan sighah ijab dan qabul mestilah bersepadanan dan menepati antara satu sama lain dari sudut ciri-ciri dan kadarnya.
Syarat-syarat khusus Bay al-Sarf:
- Berlaku taqabbudh (penyerahan) antara kedua-dua item yang terlibat dalam platform forex sebelum kedua-dua pihak yang menjalankan transaksi berpisah daripada majlis akad;
- Jual beli matawang hendaklah dijalankan secara lani dan tidak boleh berlaku sebarang penangguhan; dan
- Akad jual beli al-sarf mesti bebas daripada khiyar al-Syart.
Perenggan seterusnya bertulis:-
"Selain memenuhi syarat-syarat tersebut, Muzakarah juga menegaskan bahawa operasi perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) hendaklah bebas daripada sebarang unsur riba, elemen al-Salaf wa al-Bay (pemberian hutang dengan syarat dilakukan transaksi jual beli), unsur perjudian, gharar yang berlebihan dan kezaliman atau eksploitasi."Riba dimaksudkan di sini adalah swap atau rollover yang dikenakan oleh pihak broker. Ketika anda hendak mendaftar dengan mana-mana broker forex, akan ada satu kotak pilihan di mana anda boleh berdagang tanpa dikenakan swap atau bunga, atau dalam terma forex "Swap-Free". Tiada hutang di dalam perniagaan forex ini. Selepas anda mendaftar, anda perlu mendepositkan duit anda sendiri sebelum boleh melakukan proces jual beli. Anda tidak akan nampak USD1000.00 di dalam akaun trading anda sebaik sahaja anda selesai mendaftar kecuali akaun demo. Akaun demo ini adalah hanya untuk anda belajar berdagang matawang sahaja. Kezaliman bermaksud ditipu (scam) dan exploitasi bermaksud dipergunakan.
Keterangan gharar oleh ustaz Zaharuddin sila klik di sini. Berikut adalah senarai di mana broker-broker akan mendapat pengiktirafan dan kelayakan melakukan kontrak dan dipantau apabila mereka berdaftar dengan badan-badan berikut.
United States: National Futures Association (NFA) and Commodity Futures Trading Commission (CFTC)
United Kingdom: Financial Conduct Authority (FCA) and Prudential Regulation Authority (PRA)
Australia: Australian Securities and Investment Commission (ASIC)
Switzerland: Swiss Federal Banking Commission (SFBC)
Germany: Bundesanstalt für Finanzdienstleistungsaufsicht (BaFIN)
France: Autorité des Marchés Financiers (AMF)
Pihak pengurup wang juga akan mempastikan setiap broker mereka berdaftar di badan-badan berikut.
Pada perenggan yang ke 5:-
"Berdasarkan kajian terperinci yang telah dilakukan, Muzakarah mendapati bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik mengandungi unsur-unsur seperti riba melalui pengenaan rollover interest, pensyaratan jual beli dalam pemberian hutang melalui leverage, qabd yang tidak jelas ketika transaksi pertukaran, penjualan mata wang yang tiada dalam pegangan dan spekulasi yang melibatkan perjudian. Selain itu ianya juga tidak sah dari sisi undang-undang Kerajaan Malaysia."
Seperti yang sudah saya terangkan pada perenggan yang sebelumnya, ada broker forex yang menyediakan platform "Swap-Free". Tentang forex leverage pula "pensyaratan jual beli dalam pemberian hutang melalui leverage" adalah tidak benar. Leverage di dalam forex adalah salah satu cara broker mengurangkan risiko kerugian kepada para pelabur yang melabur di platform meraka. Jika para pelabur sentiasa mengalami kerugian lama kelamaan tiada lagi pelabur yang akan melabur di platform mereka. Jika tiada pelabur maka tiada perniagaan yang berjalan. Untuk menerangkan bagaimana leverage forex adalah amat panjang jadi saya hanya memberikan link sebagai rujukan anda. Maaf kerana ianya di dalam bahasa Inggeris. Pautan (link) berikut adalah dari forum di mana para pedagang matawang sebenar berkongsi pengetahuan, bukan dari laman web difinisi umum atau teori apa itu leverage. Pengurup wang yang melakukan aktiviti "Forex Trading" juga tidak boleh lari dengan laverage ini.
Pautan 1, pautan 2 dan pautan 3
Seterusnya "tidak sah dari sisi undang-undang Kerajaan Malaysia" tidak bermakna tidak sah di sisi syarak. Jika arak sah di sisi undang-undang Malaysia dan boleh dijual secara terbuka, tidak bermaksud halal di sisi syarak. Fatwa di sini kita membicarakan tentang hukum dari sudut pandangan Islam. Jika pemerintah tidak membenarkan langsung "Forex Trading" mereka tidak perlu menggunakan fatwa. Mereka hanya perlu draf undang-undang melarang secara total. Tetapi apakah impak kepada ekonomi negara? Tidak akan ada pelabur akan melabur di dalam Malaysia kerana
Perenggan ke 2 yang terakhir dan yang terakhir bertulis:-
"Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik yang ada pada masa ini adalah haram kerana ia bercanggah dengan kehendak syarak dan juga tidak sah dari sisi undang-undang negara. Selaras dengan itu, umat Islam adalah dilarang daripada melibatkan diri dalam perdagangan mata wang seumpama ini."
"Muzakarah juga menegaskan bahawa keputusan yang diputuskan ini tidak terpakai ke atas urus niaga pertukaran mata wang asing menerusi kaunter di pengurup wang berlesen dan urus niaga pertukaran mata wang asing yang dikendalikan oleh institusi-institusi kewangan yang dilesenkan di bawah undang-undang Malaysia."Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa perdagangan pertukaran matawang asing oleh individu adalah haram walaupun jika kita tidak melanggar syarat-syarat dan mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak? Tetapi tidak kepada syarikat yang dilesenkan di bawah undang-undang Malaysia. Mengapa?
Wallahua'lam...
No comments:
Post a Comment