Forex

Apakah Forex? Apakah Forex Exchange? Apakah Forex Market? Dan Apakah Forex Trading?

Ianya lebih mudah difahami jika diterangkan dalam bentuk cerita.

"Forex" adalah matawang dan "Forex Market" adalah pasaran tukaran matawang asing. Apabila anda ingin melancong ke luar negara, selain passport dah tiket penerbangan pergi dan balik, satu perkara penting yang anda perlu lakukan ialah menukarkan nilai RM atau MYR (Forex) anda kepada matawang negara yang akan anda lawati, sebagai contoh anda ingin melawat America. Anda pergi ke kaunter tukaran matawang asing dan menukarkan MYR5000 anda kepada USD. Anda melihat di papan nilai tukaran matawang asing semasa (Forex Market) dan mencari nilai semasa untuk USD. Katakan ketika itu tukaran semasa MYR kepada USD (MYR/USD) ialah USD1 = MYR3.22560, maka tukaran wang anda sebanyak MYR5000 ialah MYR5000/3.22560 = USD1550.10. Proses anda menukar wang tersebut dipanggil "Forex Exchange". Secara teknikalnya anda telah membeli USD dengan matawang Ringgit anda. Di dalam terma forex, anda telah menjual MYR dan membeli USD dan process itu pula dipanggil "Forex Trading". Secara tidak langsung anda telah mengambil bahagian di dalam "Forex Trading" di mana anda telah menjual satu matawang dan membeli matawang yang lain.

Forex = Matawang
Forex Market = Pasaran Matawang
Forex Exchange = Tukaran Matawang
Forex Trading = Dagangan Matawang

Hukum Forex Trading Dari Sudut Islam Di Malaysia

Hukum "Forex Trading" di Malaysia khususnya mempunyai khilaf dikalangan ulamak-ulamak dan ustaz-ustaz yang mahir dan yang tidak mahir di dalam bidang forex. Menurut fatwa kebangsaan Malaysia, hukum "Forex Trading" adalah haram tetapi di peringkat negeri, seperti di Perak hukumnya adalah harus.

Ustaz Azhar Idrus video 1 -  mengakui tidak arif dalam bidang forex.
  • minit 0:19 - kaedah asalnya jual beli matawang ni boleh, tetapi ia kena cash (cash di sini bermaksud SPOT).
  • minit 0:37 - Bubuh dalam bank bubuh dalam peti (bermaksud letakkan duit yang fizikal di dalam suatu tempat tak kira di dalam media elektronik atau di dalam bekas seperti bag duit, bag balik kampung dan sebagainya. 1 juta mana muat bag duit.)
  • minit 0:52 - kebanyakkan forex adalah haram (bermaksud disini kebanyakkan broker forex yang menjalankan aktiviti "Forex Trading" untuk anda adalah haram)
Ustaz Azhar Idrus video 2
  • minit 1:05 - 1:34 - Penjelasan harus hukumnya jika proses jual beli adalah tunai (SPOT).
  • minit 1:35 - haram jika jual beli di atas kertas semata-mata. Jika di dalam "Forex Trading" perkara ini dipanggil Options.
  • minit 2:10 - 2:19 -Wang tidak semestinya ada ditangan. Duit berpindah melalui jual beli dalam platform elektronik adalah halal.

Ustaz Ahmad Dasuki - mengatakan forex ini adalah dalam bidangnya dan hukumnya adalah harus dalam Islam. Penerangannya pendek dan padat dan mudah difahami.

Ustaz Zaharuddin video 1:-
  • minit 2:30 - 3:20 (Kebanyakkan broker forex sekarang telah berdaftar dengan bank negara masing-masing)

Ustaz Zaharuddin video 2:-
  • minit 2:04 - 2:11 - Forex umumnya halal tapi ada jenis yang haram
  • minit 3:32 - 3:41 - Berbeza jika kita jadi forex trader dengan kita  invest dalam satu forex company...
  • minit 3:42 - 4:08 - Ada satu syarikat forex bagi kita satu akaun (syarikat forex di sini bermaksud forex broker) kita masukkan duit kita trade, itu halal.
  • minit 4:09 - 4:38 - Forex yang haram bila kita meletakkan duit di dalam syarikat forex yang menggunakan semua jenis forex termasuk yang haram.
  • minit 5:35 - 6:10 Forward transksi (atau futures) dicipta oleh Kuwait Finance halal.(Malangnya dalam forex biasa belum ada lagi cara yang halal)


Berdasarkan video yang telah saya kongsikan, maka kita boleh membuat penilaian dengan jelas bahawa hukum forex ini adalah harus jika kita tidak terlibat dalam beberapa perkara ketika sedang melakukan "Forex Trading". Jika mengambil kira keputusan fatwa Majlis Ulamak Indonesia (terus ke bawah sekali di bahagian:- Kedua : Jenis-jenis transaksi Valuta Asing), mereka memfatwakan "Forex Trading" ini harus selagi tidak terlibat dengan 3 perkara. Begitu juga dengan ustaz Ahmad Dasuki dan ustaz Zaharuddin. Mereka mengharamkan forex yang mempunyai 3 perkara berikut:-

1- Swap
2- Options
3- Futures atau Forwards

Swap atau rollover di dalam forex adalah bunga yang dikenakan jika jual beli forex itu melebihi waktu atau berterusan melebihi 24 jam. Inilah yang dimaksudkan dengan bunga yang dikenakan.

Options adalah satu transaksi yang memberikan anda hak (tetapi bukan kewajipan) untuk perdagangan matawang, pada kadar yang ditetapkan atau jumlah yang anda pilih, pada tarikh yang telah ditetapkan. Anda boleh memilih untuk membeli dan memegang pilihan sehingga ia tamat tempoh, atau menjualnya lebih awal, jika ia akan memberikan anda keuntungan yang anda inginkan. Tetapi anda boleh menarik balik jika ianya tidak menguntungkan sehingga tamat tempoh yang ditetapkan. Erti kata lain yang mudah, anda boleh membuat jualan dan "put on hold". Jika ada untung teruskan atau jika rugi tarik balik tanpa ada kerugian sehingga tamat tempoh waktu yang ditetapkan.

Futures pula adalah contract untuk membeli atau menjual matawang pada harga tertentu yang dipilih pada tarikh masa hadapan.

Yang hanya dibenarkan dan harus hukumnya dari sudut pandangan Islam adalah SPOT sahaja.

Persoalannya kenapa fatwa kebangsaan, fatwa negeri Perak dan ustaz-ustaz berbeza? Mengapa fatwa kebangsaan yang dikeluarkan oleh JAKIM adalah haram?

Bolehkah anda menggunapakai fatwa dari negara lain yang mengharuskan sesuatu perkara yang fatwanya haram di negara sendiri? Ustaz Azhar Idrus menjawab. (soalan ini adalah dari saya sendiri, tetapi bukan dirakam oleh saya. terima kasih kepada orang yang merakam video ini.)

Wallahua'lam...

Stigma Masyarakat Terhadap Forex Trading

"Sila ambil perhatian! Penulisan ini bukanlah untuk mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan. Sudah menjadi fitrah manusia suka bertanya kenapa dan mengapa. Kalau malu bertanya sesat jalan. Bagaimana jika semua ciri-ciri yang harus dipatuhi dan dijauhi dapat dicapai? Apakah hukumnya masih juga haram? Apakah haram itu disudut pemerintah atau harus di sudut hukum syarak. Walaupun penulisan ini mungkin ada sedikit berbau tidak kepuasan hati, harap pembaca dapat menilai bukan dengan emo. Walaupun penulisan ini sedikit emo..."
 ~ penulis ~.

"Asal di atas segala sesuatu ini harus" mengikut pendapat di dalam mazhab As-Syafie. Perlaksanaannya yang akan menentukan harus, halal, makhruh atau haram sesuatu perkara itu. Itulah yang diutarakan oleh ustaz Ahmad Dasuki dalam pencerahan soalan yang diutarakan kepada beliau. (minit 3:09 - 3:33)

Klik di sini untuk membaca fatwa yang dikeluarkan oleh JAKIM pada tahun 2012. Jika anda membaca keseluruhan fatwa tersebut sepintas lalu, anda akan membuat konklusi "Ohhh! Forex trading ni haram rupanya". Tetapi jika anda "break up" perenggan demi perenggan dan membaca perenggan demi perenggan berulang-ulang kali (ulang sebanyak 3 kali atau lebih), ia akan menimbulkan tanda tanya dan persoalan seperti bagaimana jika itu dan bagaimana jika ini?

Berikut adalah petikan yang diambil dari keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan. Jika kita teliti fatwa yang dikeluarkan oleh JAKIM, pada perenggan pertama atau mukaddimah ianya bertulis:-

"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah membincangkan Hukum Perdagangan Pertukaran Matawang Asing oleh Individu Secara Lani (Individual Spot Forex) Melalui Platfom Elektronik. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:"

Perenggan pertama memberitahu bahawa fatwa ini mengkhususkan khas untuk individu sahaja. Bagaimana jika anda membuka sebuah syarikat Sdn. Bhd. (Sdn. Bhd. tidak perlu mengkhususkan perniagaan seperti Enterprize) atau anda membuka kedai pengurup wang berlesen dan melakukan aktiviti "Forex Trading" secara lani melalui platform elektronik?. Maka dengan sepantas kilat anda mungkin berkata, "Boleh la kut?". Tetapi anda masih lagi berada dalam teka-teki sama ada hukumnya masih lagi haram atau sudah jatuh harus.  Sebenarnya jawapan pada teka-teki itu telah terjawab dengan sendirinya pada mukaddimah fatwa tersebut.
 "...membincangkan Hukum Perdagangan Pertukaran Matawang Asing oleh Individu Secara Lani (Individual Spot Forex) Melalui Platfom Elektronik."
Secara otomatisnya fatwa ini terbatal atau tidak terpakai kerana anda sedang berdagang menggunakan syarikat dan bukannya sebagai individu perseorangan (pada perenggan terakhir ada dinyatakan tetapi persoalannya telah bermula di perenggan pertama lagi). Persoalannya, apakah perbezaan diantara individu perseorangan dan syarikat pengurup wang berlesen pada ketika keadaan anda sedang melakukan aktiviti berdagang matawang secara lani melalui platform elektronik? Adakah kerana sebagai syarikat, keuntungan anda boleh dipantau (oleh sekretariat syarikat) dan boleh dikenakan cukai? Perlu diambil perhatian juga bahawa larangan ini hanyalah kepada individu yang beragama Islam sahaja. Jika anda bukan Muslim, apakah anda boleh menjalankan aktiviti "Forex Trading"? Jawapannya adalah "BOLEH" kerana tiada peruntukan undang-undang melarang anda melakukan aktiviti "Forex Trading" melalui platform elektronik. Peruntukan yang ada untuk mensabitkan kesalahan dari sisi undang-undang hanyalah jika anda memegang atau mengumpulkan sejumlah wang tanpa lesen untuk melakukan apa jua aktivi (termasuk main kutu) atau pun sebarang aktivi perniagaan.

Ada sungutan dan lontaran mengatakan fatwa ini dikeluarkan atas sebab tekanan dari pihak-pihak tertentu. Ada juga yang mengatakan pemerintah tidak dapat mengenakan cukai atas keuntungan yang dijana. Apakah sungutan ini berasas atau tidak? Jika tidak berasas mengapa hanya Muslim sahaja yang tidak boleh melakukan aktiviti "Forex Trading"? Ada yang membalas sungutan itu dengan berkata,

"...kalau setakat cukai, pemerintah boleh cek bila-bila masa sahaja akaun anda di bank dan boleh kenakan cukai".

Itu adalah percakapan orang yang kurang melakukan "homework". Lihat di pautan ini, dan klik pada "People and Society". Kita buat kiraan secara kasar. Penduduk Malaysia adalah 29 juta dan jika anda lihat di "Age Structure:", individu dewasa termasuk lelaki dan perempuan berumur dari 25 - 54 tahun ialah 41% dari 29 juta iaitu seramai 11,890,000 akaun perlu di lihat oleh pemerintah setiap hari atau mungkin setiap minggu atau mungkin setiap bulan untuk mengenakan cukai kepada pedagang matawang asing. Kenapa nak periksa semua akaun? Periksa sahajalah yang terbabit dengan aktivi "Forex Trading". Siapa pulak yang isi borang cukai letak dia bekerja sebagai "Forex Trader"? Bagi menyelesaikan masalah ini, sesiapa sahaja akaunnya yang menerima wang lebih dari RM30k sebulan, maka pihak bank harus membuat laporan kepada BNM dan anda disuruh mengisi "borang biru". Seterusnya LHDN akan menghubungi anda.

RM30K??? Apakah "income" forex trading sebanyak itu? Kalau dijawab "ya" mungkin ada yang kata blog ini menggalakkan individu untuk terlibat dengan forex, tetapi kalau saya kata "tidak" rasa macam menipu pulak. Blog ini bukanlah untuk menipu atau menggalakkan terlibat dengan forex, jadi jawapannya ialah untung itu lebih kurang 0.0001% - 10% dari modal yang didepositkan. Sehari, seminggu atau sebulan? Suka-suka hati...

Jadi bagaimana dengan "reply" dari orang yang tidak membuat "homework" tadi? Apakah beranggapan pemerintah tidak dapat mengutip cukai adalah agak kurang "power"? Telah dijelaskan tadi tiada perbezaan penggunaan elektronik secara individu atau pun syarikat atau pun kedai pengurup wang yang menjalanakn aktiviti "Forex Trading"? Apakah alasan kukuh di sebalik fatwa yang dikeluarkan? Mengapa fatwa jiran kita yang dikeluarkan oleh MUI (baca blog ini) hukumnya harus? Lihat di pautan ini, dan klik "People and Society". Lihat peratusan yang beragama Islam di Malaysia. Jika kita buat sedikit pengiraan kasar. 60% dari 29 juta rakyat Malaysia ialah 17,400,000 juta individu yang beragama Islam. Jika kita ambil 0.1% dari 17,400,000 juta, maka jumlahnya ialah 17,400 individu yang mungkin terlibat dengan aktiviti "Forex Trading". Jika setiap individu mendepositkan USD1000 * 3.1 (17400 * RM3100.00) untuk aktiviti "Forex Trading", maka ASB, ASN dan sewaktu dengannya dan institusi bank-bank yang lain mungkin kehilangan dalam RM53,940,000.00 juta. Mungkin untuk mengambil contoh 17,400 ribu individu yang terlibat dengan "Forex Trading" adalah terlalu drastik dan terlalu "fetatik!". Apa kata kalau kita ambil 0.01% dari 17.4 juta rakyat Malaysia yang beragama Islam yang mungkin terlibat dengan "Forex Trading":-
1,740 = 17,400,000 * 0.01%
5,394,000.00 = 1740 * 3100
ASN, ASB, Mutual Fund dan institusi-institusi bank mungkin kehilangan RM5,394,000.00 juta. Wang sebanyak 5 juta bukanlah jumlah yang sedikit. Kiraan ini hanyalah kiraan deposit dan belum lagi kiraan keuntungan yang mungkin berjaya dijanakan dan kiraan ini bukanlah hanya untuk hari ini sahaja.OK! Apa kata kalau kita kira keuntungan yang mungkin dijana. kita ambil kiraan yang sedikit sahaja. Katakan sehari setiap individu membuat keuntungan sebanyak USD30 sahaja. Kiraannya ialah:-

93 = 30 * 3.1 (kita ambil exchange rate RM3.1 untuk USD1)
1860 = 93 * 20 (trading hanyalah di buka setiap hari isnin - jumaat, maka 5 hari * 4 minggu)
3,236,400 = 1860 * 1740 (keuntungan sebulan)
38,836,800 = 3236400 * 12 (setahun)

Keuntungan setahun yang dijana oleh 1740 individu, kita ketepikan dahulu. Keuntungan untuk sebulan adalah RM3.2 juta. Tapi mungkin ada bisik-bisik mengatakan 1740 individu terbabit dengan "Forex Trading" terlalu ramai dan keuntungan USD30 sehari agak terlalu tinggi. Kita kurangkan lagi jumlahnya. Katakan hanya 500 individu sahaja dari dari 11,890,000 juta (individu berumur 25 - 54 tahun ialah 41% dari 29 juta) yang konsisten dalam mengambil keuntungan USD10 sehari. Berikut adalah kiraannya:-
31 = 10 * 3.1
620 = 31 * 20
310000 = 620 * 500
3720000 = 310000 * 12
Adakah jumlah keuntungan sebulan sebanyak RM310,000.00 suatu jumlah yang sedikit? Satu perkara lagi kita terlupa untuk mengira modal mereka. Berikut adalah modal yang terkumpul untuk 500 individu yang konsisten berdagang:-
1,550,000 = 500 * 3100
1,860,000 = 1550000 + 310000
Deposit sahaja sudah mencecah RM1.55 juta. Ditambah pula dengan keuntungan sehari, institusi keewangan di Malaysia telah kehilangan sebanyak RM1.86 juta yang boleh mereka niagakan. "Refresh" kembali tentang pengiraan tadi, kiraan yang di buat adalah seminimum yang mungkin. Bagaimana sekiranya 500 individu tadi mendepositkan USD10k sebagai permulaan dan konsisten menjanakan keuntungan sebanyak 1% dari modal mereka? Apakah tanggapan anda tentang cukai dan tekanan dari pihak tertentu sekarang? Cuba kira!
"Duit keuntungan hasil dari berdagang tadi bukan ke masuk ke dalam akaun bank jugak?"
Satu perkara lagi, ada pihak broker yang menyediakan MASTERCARD debit card untuk ahli yang berdaftar dengan mereka dan ada juga pihak broker yang menggunakan "Payment Processor" seperti Paypal, Skrill, Neteller, MoneyGram dan sebagainya yang juga menyediakan MASTERCARD debit card. Apabila anda menuntut keuntungan anda, keuntungan akan dimasukkan ke dalam salah satu "Payment Processor" tadi dan anda mengeluarkan wang anda di mesin ATM dengan menggunakan MASTERCARD anda.
"Bukan ke cukai akan dikenakan kepada individu yang berpendapatan RM6000 ke atas je"
Maka pihak-pihak yang terbabit yang mungkin memberikan tekanan kepada JAKIM. Wallahua'lam...


Pada perenggan kedua pula:-
"Setelah mendengar taklimat dan penjelasan pakar daripada Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA) serta meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik adalah melibatkan item ribawi (iatu mata wang) dan dari sudut fiqhiyyah ia tertakluk di bawah hukum Bay al-Sarf yang perlu dipatuhi syarat-syarat umum jual beli dan syarat-syarat khusus bagi Bay al-Sarf seperti berikut:"
Di perenggan ini seperti ada kelonggaran sedikit kerana ada perkataan "perlu dipatuhi", yang bermaksud di sini jika syarat-syarat itu dapat dipenuhi maka apakah hukumnya?


Berikut adalah perenggan syarat-syarat yang perlu dipatuhi:-
Syarat-syarat umum jual beli:

  1. Pihak yang berakad mestilah mempunyai kelayakan melakukan kontrak (Ahliyyah al-Ta’aqud);
  2. Harga belian hendaklah diketahui dengan jelas oleh kedua-dua pihak yang berakad;
  3. Item belian hendaklah suatu yang wujud dan dimiliki sepenuhnya oleh pihak yang menjual serta boleh diserahkan kepada pembeli;
  4. Sighah akad hendaklah menunjukkan keredhaan kedua-dua pihak, tidak ada unsur penempohan dan sighah ijab dan qabul mestilah bersepadanan dan menepati antara satu sama lain dari sudut ciri-ciri dan kadarnya.

Syarat-syarat khusus Bay al-Sarf:

  1. Berlaku taqabbudh (penyerahan) antara kedua-dua item yang terlibat dalam platform forex sebelum kedua-dua pihak yang menjalankan transaksi berpisah daripada majlis akad;
  2. Jual beli matawang hendaklah dijalankan secara lani dan tidak boleh berlaku sebarang penangguhan; dan
  3. Akad jual beli al-sarf mesti bebas daripada khiyar al-Syart.
Syarat-syarat yang berikut, jika hanya ditujukan kepada individu sahaja maka pihak pengurup wang berlesen yang beragama Islam dan bank-bank Islam telah melakukan kesalahan kerana tidak mengikut syarak dalam jual beli. Jika inilah yang perlu dipatuhi oleh pihak individu untuk melakukan jual beli ketika berdagang matawang, maka inilah juga yang perlu dipatuhi oleh institusi pengurup wang yang menjalankan aktivi "Forex Trading" dan bank-bank Islam. Jika pihak individu menggunakan media elektronik ketika berdagang, begitu jugalah mereka menggunakan media elektronik dan internet ketika berdagang. Jika sebagai pengurup wang melakukan aktiviti "Forex Trading" terbatal hukumnya, begitu jugalah individu yang berpengetahuan dalam forex.


Perenggan seterusnya bertulis:-
"Selain memenuhi syarat-syarat tersebut, Muzakarah juga menegaskan bahawa operasi perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) hendaklah bebas daripada sebarang unsur riba, elemen al-Salaf wa al-Bay (pemberian hutang dengan syarat dilakukan transaksi jual beli), unsur perjudian, gharar yang berlebihan dan kezaliman atau eksploitasi."
 Riba dimaksudkan di sini adalah swap atau rollover yang dikenakan oleh pihak broker. Ketika anda hendak mendaftar dengan mana-mana broker forex, akan ada satu kotak pilihan di mana anda boleh berdagang tanpa dikenakan swap atau bunga, atau dalam terma forex "Swap-Free". Tiada hutang di dalam perniagaan forex ini. Selepas anda mendaftar, anda perlu mendepositkan duit anda sendiri sebelum boleh melakukan proces jual beli. Anda tidak akan nampak USD1000.00 di dalam akaun trading anda sebaik sahaja anda selesai mendaftar kecuali akaun demo. Akaun demo ini adalah hanya untuk anda belajar berdagang matawang sahaja. Kezaliman bermaksud ditipu (scam) dan exploitasi bermaksud dipergunakan.
Keterangan gharar oleh ustaz Zaharuddin sila klik di sini. Berikut adalah senarai di mana broker-broker akan mendapat pengiktirafan dan kelayakan melakukan kontrak dan dipantau apabila mereka berdaftar dengan badan-badan berikut.
United States: National Futures Association (NFA) and Commodity Futures Trading Commission (CFTC)
United Kingdom: Financial Conduct Authority (FCA) and Prudential Regulation Authority (PRA)
Australia: Australian Securities and Investment Commission (ASIC)
Switzerland: Swiss Federal Banking Commission (SFBC)
Germany: Bundesanstalt für Finanzdienstleistungsaufsicht (BaFIN)
France: Autorité des Marchés Financiers (AMF)

Pihak pengurup wang juga akan mempastikan setiap broker mereka berdaftar di badan-badan berikut.


Pada perenggan yang ke 5:-
"Berdasarkan kajian terperinci yang telah dilakukan, Muzakarah mendapati bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik mengandungi unsur-unsur seperti riba melalui pengenaan rollover interest, pensyaratan jual beli dalam pemberian hutang melalui leverage, qabd yang tidak jelas ketika transaksi pertukaran, penjualan mata wang yang tiada dalam pegangan dan spekulasi yang melibatkan perjudian. Selain itu ianya juga tidak sah dari sisi undang-undang Kerajaan Malaysia."

Seperti yang sudah saya terangkan pada perenggan yang sebelumnya, ada broker forex yang menyediakan platform "Swap-Free". Tentang forex leverage pula "pensyaratan jual beli dalam pemberian hutang melalui leverage" adalah tidak benar. Leverage di dalam forex adalah salah satu cara broker mengurangkan risiko kerugian kepada para pelabur yang melabur di platform meraka. Jika para pelabur sentiasa mengalami kerugian lama kelamaan tiada lagi pelabur yang akan melabur di platform mereka. Jika tiada pelabur maka tiada perniagaan yang berjalan. Untuk menerangkan bagaimana leverage forex adalah amat panjang jadi saya hanya memberikan link sebagai rujukan anda. Maaf kerana ianya di dalam bahasa Inggeris. Pautan (link) berikut adalah dari forum di mana para pedagang matawang sebenar berkongsi pengetahuan, bukan dari laman web difinisi umum atau teori apa itu leverage. Pengurup wang yang melakukan aktiviti "Forex Trading" juga tidak boleh lari dengan laverage ini.

Pautan 1, pautan 2 dan pautan 3

Seterusnya "tidak sah dari sisi undang-undang Kerajaan Malaysia" tidak bermakna tidak sah di sisi syarak. Jika arak sah di sisi undang-undang Malaysia dan boleh dijual secara terbuka, tidak bermaksud halal di sisi syarak. Fatwa di sini kita membicarakan tentang hukum dari sudut pandangan Islam. Jika pemerintah tidak membenarkan langsung "Forex Trading" mereka tidak perlu menggunakan fatwa. Mereka hanya perlu draf undang-undang melarang secara total. Tetapi apakah impak kepada ekonomi negara? Tidak akan ada pelabur akan melabur di dalam Malaysia kerana

 Perenggan ke 2 yang terakhir dan yang terakhir bertulis:-

"Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik yang ada pada masa ini adalah haram kerana ia bercanggah dengan kehendak syarak dan juga tidak sah dari sisi undang-undang negara. Selaras dengan itu, umat Islam adalah dilarang daripada melibatkan diri dalam perdagangan mata wang seumpama ini."
"Muzakarah juga menegaskan bahawa keputusan yang diputuskan ini tidak terpakai ke atas urus niaga pertukaran mata wang asing menerusi kaunter di pengurup wang berlesen dan urus niaga pertukaran mata wang asing yang dikendalikan oleh institusi-institusi kewangan yang dilesenkan di bawah undang-undang Malaysia."
Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa perdagangan pertukaran matawang asing oleh individu adalah haram walaupun jika kita tidak melanggar syarat-syarat dan mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak? Tetapi tidak kepada syarikat yang dilesenkan di bawah undang-undang Malaysia. Mengapa?

Wallahua'lam...





Perkhidmatan Forex Trading

Jika anda mengharapkan anda menjadi seorang jutawan apabila melibatkan diri dalam aktiviti "Forex Trading", anda mungkin telah ditipu oleh orang yang mengajak anda yang juga mengharapkan menjadi jutawan dan juga kawannya yang juga mengharapkan menjadi seorang jutawan. Jika anda mendepositkan modal anda dan mengharapkan mendapat keuntungan hari-hari dan boleh mengeluarkan dan  membelanjakan keuntungan anda setiap hari, anda telah tersilap membuat persamaan dengan perniagaan skim cepat kaya.
"Tolong beri saya gambaran apa Forex Trading boleh lakukan?"
Jika anda mempunyai wang simpanan yang lebih di dalam bank dan anda mahu menjanakan wang simpanan anda dan menganggap keuntungan semaksima 8% - 12% setahun sudah mencukupi, anda bolehlah melaburkan ke dalam ASN, ASB, Public Mutual Fund dan sebagainya. Tetapi jika anda ingin melaburkan wang anda lebih dari keuntungan yang sedemikian maka "Forex Trading" adalah jawapannya. Kita buat pengiraan untuk ASB dan Public Mutual untuk perbandingan.

ASB memberi keuntungan 8% setahun:-
RM248 = RM3100 * 8%
RM20.67 = RM248 / 12 bulan
RM1.03 = RM20.67 / 20 hari (duit anda tidak diniagakan pada hari Sabtu dan Ahad)
Public Mutual Fund memberi keuntungan 12% setahun:-
RM372 = RM3100 * 12%
RM31 = RM372 / 12 bulan
RM1.55 = RM31 / 20 hari (duit anda tidak diniagakan pada hari Sabtu dan Ahad)

Jika anda laburkan ke dalam "Forex Trading" dan kita ambil keuntungan seminima yang mungkin untuk sehari iaitu USD1 (kerana forex trading adalah perniagaan antrabangsa jadi urusniaga di jalan menggunakan USD):-
USD20 = USD1 * 20  hari (duit anda tidak diniagakan pada hari Sabtu dan Ahad)
USD240 = USD20 * 12 bulan
MYR744 = USD240 * 3.1
Dengan bermodalkan RM3100, RM744 dapat dijanakan dalam masa setahun dan keuntungan berikut adalah bersamaan dengan 24% setahun.
"Tetapi saya tidak mahu keuntungan seperti keuntungan tahunan. Bagaimana dengan keuntungan bulanan atau harian? Bolehkah?"
Jika anda membaca penulisan saya daripada mula, ada beberapa pengiraan minima yang telah dikongsikan bersama. Berikut adalah risiko yang digunapakai:-
  1. Risiko Rendah - 0.001% dari modal anda akan digunakan untuk berniaga
  2. Risiko Sederhana - 0.01% dari modal anda akan digunakan untuk berniaga
  3. Risiko Tinggi - 0.1% dari modal anda akan digunakan untuk berniaga
  4. Risiko K.O - 1%  dari modal anda akan digunakan untuk berniaga
Jika anda melihat purata "Forex Graph" dari semua "Major Pair", diambil pada tahun 2009, menggunakan "4 decimal forex broker", pip yang tertinggi tidak lebih dari 3000 pip. Jika anda berada di puncak dan membuat belian dengan risiko sederhana, dan trend menentang anda hingga ke 3000 pip, anda masih mempunyai modal pusingan sebanyak 70%. Tetapi sudah semestinya kita tidak akan membiarkan kerugian mengatasi keuntungan. Maka kita akan membuat jualan untuk mengatasi kerugian dan akan menutup kerugian apabila keuntungan mengatasi kerugian.

Apabila belian atau jualan telah mencecah "minimum setting" untuk menetapkan 0 keuntungan, barulah belian atau jualan baru akan dibuat dan apabila keuntungan melebihi 10% barulah penetapan untuk 10% keuntungan ditetapkan.

Strategi yang akan digunapakai ialah melihat secara fundamental, teknikal analisis dan sentiment. Perlu diingat, strategi yang digunapakai bukanlah akan 100% mencapai keuntungan. Jualbeli dilakukan dengan mengikut syara'.
"Bagaimana dengan keuntungan harian? Bagaimana kalau saya mahu kenuntungan USD10 sehari?"
Untuk mendapat keuntungan harian dah mengurangkan beban modal yang tinggi, anda disarankan mengunapakai risiko sederhana. Dengan membuat belian atau jualan sebanyak USD1 dan mengambil keuntungan sebanyak 10 pip. Modal yang anda perlukan ialah:-
USD1 = USD10,000.00 * 0.01%
Saya mengambil 10% di atas keuntungan yang telah saya janakan sebagai upah. Kesemua proses mendaftar dan mendepositkan modal adalah dilakukan oleh anda. Saya hanya menjalankan proses jualbeli apabila semua telah tersedia. Segala urusan keewangan hanya anda yang mempunyai akses. Jika upah saya tidak dibayar, maka tiada lagi urusan jualbeli yang akan saya lakukan. Jika anda bertanya kepada saya:-
"Bagaimana jika anda tersalah membuat keputusan?"
Telah saya jelaskan tadi, anda tidak akan kehilangan modal anda 100%. Anda masih ada 70% modal asal anda. Jika anda inginkan modal anda 100% kembali, anda boleh menunggu seminimum 6 bulan untuk graf kembali ke tempat asal dan mungkin selama 6 bulan itu anda telah mendapat keuntungan 12% dari modal anda.
"Berapakah minimum untuk saya depositkan ke akaun forex?"
Sebagai percubaan, anda haruslah mendepositkan ke akaun forex anda sebanyak USD100 dan untuk jualbeli sebenar seminima USD1,000.00. Untuk percubaan, setelah anda mendapat keuntungan seminima yang munkin, barulah anda boleh mengeluarkan kembali modal dan keuntungan anda dan tiada upah dikenakan.
"Mengapa anda menjadi forex remisier? Mengapa anda mengambil upah?"
"Forex Trading" adalah bidang saya dan "Forex Trading" bukanlah satu skim cepat kaya. Saya memerlukan pekerjaan dan inilah pekerjaan saya. Jika anda berminat, bolehlah email saya di forexremisier at gmail dot com.